Thursday, January 15, 2009

Day 6: Willits, CA to Coos Bay, OR

Thursday, January 15, 2009
Khamis, 1 Januari 2009
355 miles (568 km)


Rise and shine! Semalam tido dengan lenanya di Willits. Dah habis semua bekal makanan. 4 bekas nasi goreng dan 2 bekas mee. Cuma lasagna masih ada. Saya pun takde mood nak makan. Aqil je suka makan tu. Maggi masih ada lagi. Semalam, bukak satu tin sardin, perah limau dan panaskan di microwave. Itu untuk makan dengan roti. Kami ada beli buah oren dan apple kat Rays petang semalam. Sedap apple tu, saya memang bawak pisau untuk potong buah. Ni semua ni sebab mak mentua saya memang kalau bab-bab ni semua dia bawak. Dulu saya rasa tak payah bawak semua ni, tapi bila sendiri dah travel, baru tahu betapa pentingnya all the small things ni. Dia selalu pesan kalau berjalan make sure bawak sepasang baju kurung kot kalau ada orang meninggal, mana tahu kita nak melawat. Tapi, takde lah bawak baju kurung pulak berjalan ni. Dia pesan bawak kain batik kalau ada apa-apa boleh tutup, manalah tahu katanya. Datang US ni saya bawak kain batik panjang sehelai. Bukan apa, manalah tahu kan... Tapi, kalau berjalan memang saya selalu bawak kain batik sehelai. Saja je, dah biasa bawak. Then, saya memang selalu bawak baju lebih, Itu yang berkodi-kodi penuh van tu.

Pagi tu kami singgah Dollar Tree beli laundry detergent, soap dish yang dah habis, then beli snack sikit. Kononnya nak basuh baju sebab ada coin-laundry kat sini tapi sebab rasa macam lama je, tak jadi lah basuh. Kami basuh van saja. En Muz kata baru best sikit drive bila dah bersih. Dia tu memang macam tu, dulu kat KL, every week mesti basuh kereta, vacuum, kasi tayar kilat, dashboard kilat. I read somewhere that stated, how a man treats his car is how they treats themselves. Hmm, bukukah atau tengok tv eh? tak ingatlah. Tapi, the point is taken. Lepas van dah bersih, kami pun gerak. Goal hari ini mesti kena keluar dari California sebab our target, 6 Januari Aqil dah start sekolah. Saya pun set GPS ke Florence.

Tapi, macam biasalah, on the way, banyak sangat tempat yang menarik. Itupun banyak kami skip tak singgah. I really-really loves Redwood National Park. Pokok Redwood ni besar-besar, kalau van kami ni masuk dalam pokok tu pun boleh tau. Itupun, pokok-pokok yang tepi jalan ni dah besar, kalau masuk dalam National Park dia, I bet mesti lagi besar. Subhanallah, memang menakjubkan tengok pokok yang besar gedabak macam tu. Omputih yang En Muz sembang semalam tu, yang dok sebelah bilik kami di Willits tu, nak pegi Redwood la. Dia dari Texas, jauh jugak tu. Kalau time summer ni mesti sedap camping kat sini. Saya kalau bab nature macam ni, boleh lost in love dok tengok je pokok-pokok tu. Pastu mulalah dok imagine kalaulah rumah kat dalam ni, how's it like.. mesti best kan.. macam rumah winnie the Pooh tu.

Masa singgah kat rest area, pokok ni kecik je..

Along US Route 101 - Redwood Highway

Sorry gambar tak cantik sebab kami tak berenti ambik gambar. Lagipun, that day misty rain je all along. So, malas pulak nak berhenti. Rugi pulak rasanya. Kalau tidak dapat bergambar peluk-peluk dengan batang pokok tu. Dah lepas, apa nak buat.. Tapi, sepanjang jalan ni memang cantik sangat. Some places rasa macam baru nak Fall sebab ada pokok-pokok yang dah tukar warna. Kalau di Fort Collins atau mana-mana tempat yang extreme cold ni, semua pokok dah tinggal ranting sejak November lagi. US ni kalau kat tengah-tengah dengan area Mid-West tu, memang extreme weather dia. Kalau sejuk, sejuk sangat, kalau panas, panas sangat. Masa Summer hari tu, panas betul, macam kat Malaysia, silap-silap lagi panas sebab sini semi-arid. UK has milder weather. Even snow pun not as bad as here. Kat California ni memang nice weather, greens and mild je weather dia. Hujan dia pun mist saja, bukan hujan lebat macam Malaysia. Gel-geli je hujan dia.. I'm so in love with this route, seriously!


to be continued...

0 comments:

 
Just Blogging! © 2008. Design by Pocket