Monday, April 30, 2007

Hari Terakhir "e-filing"

Monday, April 30, 2007
I was so inspired by the "e-filing day" that I had this topic as my first posting in my blog. Hari ini adalah hari terakhir untuk semua pembayar cukai di Malaysia untuk menghantar borang "e-filing". Seperti biasa diamalkan oleh rata-rata rakyat Malaysia, hari ini adalah Hari Pulun Isi Borang Kebangsaan. Aku adalah di antara beribu-ribu yang lain yang baru sibuk untuk mengisi borang cukai BE 2006. Bukan setakat itu, hari ni jugak aku pun baru nak mintak no.pin. Luckily , my sister is working in LHDN so, all I did was to SMS her to get my pin number. Thank you Sarah!

I've been trying to fill the form for my husband weeks before tapi pasal slow sangat so aku pun malaslah. Tapi hari ni, nak tak nak kena buat jugak, maka aku pun dok mengadap la komputer ni dari pukul 12 tengah hari tadi sampai la ni dah nak dekat pukul 4 petang dok mengadap lagi. I did it both for my husband and I, sebab tu la lama nak mampoih. Berpuluh-puluh kali aku dok kena refresh dan log in balik pasai slowwwwwwww sangat. Orang kata punyalah slow sampai boleh pi masak megi, in fact memang aku boleh siap pi masak megi dan buat kopi dulu sementara dok melangut tengok monitor tu dok upload satu-satu. FYI, hari ni aku cuti tapi aku pi buat rheja ni kat ofis, boleh? he..he..he.., so megi tu paham2 je lah aku masak pakai ayaq hangat saja la.. tu pun rasa dia amat sedap sekali.

Back to the topic isi borang e-filing ni, yang aku tak puaih hati sangat sebab bila aku isi borang, sampai part yang status bujang/kahwin, bila aku click kahwin, dia pi reset balik info yang aku dah key-in previously pasai dia upload balik untuk maklumat pasangan. So, aku kena pi click-click balik mana info yang tiba-tiba dah lenyap itu. Sudahlah lambat, bertambah-tambah lagi la proses yang sedia lembab tu. Sungguh tidak menyenangkan hati pelanggan langsung! Dah la kena bayaq cukai, bil api pun tinggi pasai lama sangat. Bukan takat tu saja, kalau sapa yang ambik internet by hours tu mesti mengalami tekanan perasaan pasai nak isis satu borang saja mau dekat 2 jam lebih. Tak tau la kot orang lain laju saja.
Sebab ni first time so banyak la tak kena.Apapun, aku harap LHDN will do some improvement on this matter.
 
Just Blogging! © 2008. Design by Pocket