Sunday, January 11, 2009

Day 5: San Francisco to Willits, CA

Sunday, January 11, 2009
Rabu, 31 Disember 2008
140 miles (224 km)


Pagi dalam pukul 9:30 pagi, kami sudah check out dari Wharf Inn. Dalam pada En. Muz load semua barang2 yang penuh dalam van kami yang dah serupa off-road vehicle tu, saya keluar mencari souvenirs sebab belum beli apa-apa lagi. Kedai yang saya aim untuk beli printed paintings tu belum buka lagi so saya dok berkawad mencari kedai mana yang ada. Since takde kedai yang berdekatan jual printings tu, saya singgah beli subs untuk bekalan dan kembali ke parking lot hotel. Sebelum blah, kami refill dulu mug dengan kopi dan ambik 2 cawan chocolate drinks untuk budak-budak.


On the way ke Lombard St, saya singgah beli fridge magnet dan some printings. Pagi tu seperti biasa, suasana di SF memang berkabus, jadi agak sejuk cuma tak sesejuk Fort Collins. Sampai di Lombard St, kami cari port bagus untuk parking. Kami berjalan kaki menuruni jalan herot petot yang terkenal di dunia ini. Sebab musim winter jadi tak adalah pokok bunga warna warni seperti biasa kita tengok kat dalam gambar. Kenderaan dibenarkan lalu kat jalan ni tapi sebab jalan dia terlalu mencerun dan kami rasa lebih baik jalan kaki dari ambik risiko. Van kami tu bukanlah standard 4 wheel drive but it's good enough for all the trips that we had had. Dalam pada dok seronok berposing dan melihat rumah banglo yang cantik di sepanjang jalan ni, ada satu limo lalu. Yelah, limo kan panjang so dia terpaksa reverse 2-3 kali nak bagi lepas kona kat jalan ni. Lombard St ni was dubbed as world crookedest street. Dia mencerun dan berbengkang bengkok. Pastu di tanamnya pokok bunga bagi nampak cantik. Itu jelah.. Takdelah yang extra-ordinary sangat tapi agaknya saja je kot dorang nak tambah tempat menarik kat SF.. kira datang sini tu takdelah pegi menengok jambatan Golden Gate tu jer.. kiranya adalah spot lain yang boleh melawat.. Lepas ke Lombard St, kami pergi mencari rumah Victorian yang dikenali sebagai The Painted Ladies. Rumah-rumah ni kalau ikut guide tu katanya kat Alamo Square. So, sampai situ, tengoklah rumah-rumah ni yang kaler dia warna warni. Ala, kalau kat Malaysia pun ramai jugak orang kita yang suka kaler rumah warna warni. Tak kecoh pulak satu dunia. Ntah hapa-hapa lah SF ni, rumah kaler-kaler pun nak kecoh. Tapi, sebab rumah tu dah famous maka ambik jugaklah gambar dia kan. En Muz kata apa yang so marvellous sangat rumah-rumah ni. Dia tak impressive langsung. Saya ambik jer.. serupa rumah teres kat Malaysia pun ada.. korang pun boleh buat jugak. Dah lalu sini, kami pegi singgah kat Goodwill. Saja je singgah kot ada barang yang menarik. Hmm, tak de apa sangat so belikan budak2 ni buku je.
Nilah jalan yang mencerun turun bukit naik bukit macam dalam cerita The Princess Diaries tu sampai masa nak keluar tu berdecit-decit la brake van tu. Punyalah dahsyatnya jalan kat sini. Ini takat ambik test naik bukit JPJ tu dorang gelak je tau, silap-silap orang JPS boleh tak lulus kot..ha..ha..ha.. dah la naik bukit curam, lepas tu kena brake lagi sebab traffic light atau pun ada cable car lalu. Takpun, masa turun bukit curam tu, siap ada traffic light lagi kat bawah tu, atau ada orang jalan kaki ke melintas, buatnya kalau brake tak makan, menangis woiiii...

Lepas tu, kami bergerak keluar menuju ke Golden Gate. Golden Gate ni last spot sebab senang lepas singgah situ terus keluar SF. Sampai Golden Gate, first tempat cari, toilet dia dulu. Lepas tu barulah boleh start posing dan click-click dengan tenang. Memang cantik lah sini, nampak mystical gitu dengan foggy ambience cuma penuhlah dengan pelawat. Namapun tempat pelancongan so mestilah penuh dengan manusia kan. Kami parking dulu kat bahagian atas. Sini parking semua berbayar, nasib baik Rozana dah pesan suruh bawak coins banyak-banyak. Kami jalan-jalan dulu kat atas jambatan, dari atas jambatan nampak downtown San Francisco dari jauh. Sebab masa tu dah tengah hari so dari jauh nampak cahaya matahari penetrates through the fog and the scene was so magical. Dari atas nampak ada satu jalan ke bawah jambatan so lepas puas bergambar kat atas, kami pun turun bawah pulak. Kena drive la kalau tidak jenuh jugak nak menapak. Shortcut dia ada ikut trail ke bawah tapi budak2 ni macam mana? Dari bawah lagi feel sebab boleh tengok ombak, tengok downtown SF dari jauh, cantiklah kiranya.. Ambik gambar apa patut then kami pun masuk dalam van untuk teruskan perjalanan. Masa dalam van baru perasan ada orang tulis something kat cermin belakang. Orang tu tulis macam iklan kete kat tv, "Wash Me".. mengekek kami gelak sebab yelah memang van kami kotor sangat sebab yelah long distance kan.. semua weather tempoh so expected la all the dirts tu. Whoever yang wrote the jokes must be a very funny person..

Dalam pukul 3:30 petang, kami bertolak keluar dari San Francisco. Maka lalulah van kami kat Golden Gate tu merentasi Bay Area. Bye-bye San Francisco. Dari atas jambatan lagi traffic dah mula bergerak perlahan. Sejak duduk di Fort Collins dan tidak menempuh sebarang jam, bila jam macam ni mulalah rasa boring. Walhal, bertahun di KL, pagi petang siang malam menempuh jam. Even worst than here. Tapi, memang terasa stress sebab dah lama tak menempuh situasi macam tu. Even sebab jam jugaklah mulanya nak balik ikut Los Angeles tapi tukar ikut jalan atas melalui Portland. Reason is, malam tu New Year Eve so kalau lalu LA, mestilah jam giler. Kami kalau boleh memang tak suka lalu jalan yang sama waktu datang sebab saja nak tengok different view unless kalau memang dah tak de pilihan. So, northbound then.

Coming out from Golden Gate.. Bye-bye San Francisco

Leaving San Francisco on US Route 101

Pelan asal sebenarnya nak bermalam di Eureka atau Crescent City tapi sebab traffic teruk, kami singgah bermalam di Willits. Lagipun memang terasa penat la menempuh jam ni. No wonder la masa kat KL dulu memanjang penat. Memang very the stressing when you have to face traffic jam every day. Sampai rumah memang penat. Tu pasal dulu malas masak. Takde apa yang menarik on the way to Willits. Adalah satu dua tapi masa tu dah penat tak kuasa nak ambik gambar. Tapi, masa sampai Willits tu sempat lagi pusing-pusing cari motel termurah dan terbest. At last after 3-4 motel tanya, we settled with Western Village Inn. Cantik bilik dia sebab baru remodelled. Of course come with fridge and microwave. Dia ada satu lagi bilik kat dalam tu so end up malam tu kat depan tu saya tido dengan Aqil dan Baba dia tido dengan Aqif kat dalam.. Malam tu kami layan cerita I am Legend kat HBO. Lepas habis cerita tu, saya dengan Aqil tido dengan lenanya.

Baba dia kat luar dok bersembang dengan mat saleh mana tah sebab mat saleh tu curious sebab plate van kami Colorado so dia pun ajak chat la. Next day, Baba dia bagi tau lama borak sampai omputih tu ajak minum beer. Lepas tu, dah mintak maaf bagi tau tak minum sebab Muslim, dia pun borak pulak pasal dia pernah serve kat Iraq. Lama jugak dorang borak. En Muz cakap omputih tu baik dan very open minded. Omputih tu kata semua orang kat dunia ni baik, it's the leaders that are bad. All leaders are rooting for powers and fame..

0 comments:

 
Just Blogging! © 2008. Design by Pocket