Tuesday, June 17, 2008

Summer Vacation 2008

Tuesday, June 17, 2008

Finally, we made it. I thought I'm not gonna make it as I was so full with works but a week off and we covered a lot. Well, some place like Grand Canyon you just never have enough. We really enjoyed our trip. The route is absolutely beautiful. The most scenic is of course Colorado. You just so lost to her beautiful mountains, the streams, the greens of the new leaves, the blue sky. we loves the view so much. When we was in Vegas, I almost tempted to drive down to Los Angeles but then it means more time and no planning. My husband have a relative who live there at a place called Tarzana? Well, I would like to bring the kids to Tarzana but maybe some other time. So, two of the list in my wish list has been fulfilled. I am hoping the next trip will cover Niagara Falls, NY; Hershey's Chocolate Factory, NY, World of Coca Cola,AL and Walt Disney World, FL. Well, let's do some saving shall we? So, this is our wrap up for the Summer 2008 Vacation.

Sabtu, Jun 7 2008
Konon nak bangun pagi-pagi buta nak blah sebab subuh masa summer pukui 4 pagi. Tapi pasai semalam dah dok ofis ERC sampai petang then dok packing sampai tengah malam, tidoq pun dah dekat pukui 2 pagi maka kami terbabas la pulak. Nasib baik petang semalam, Seema dah bawak pi AAA ambik map free. Dia member so dapat free. Map tu la yang banyak menolong, kalau harap nak print dari Google Map tu tak cukup. Kami bertolak pukui 7 pagi dari rumah. Woish, jalan kat College Avenue punyalah clear kalau tidoq ataih jalan pun tak pa. Singgah Walmart Loveland beli ais ketoi untuk boh dalam ice box. Tak dan nak breakfast apa, buat sandwich dengan goreng nugget saja. Lepaih tu ada la cookies, buah ceri, roti kismis, chips and coklat. Kami ikut jalan lama. Perjalanan pun sungguh lama pasai Madame dah set nak singgah tidoq kat Durango so En Abang kena la drive berejam-jam untuk sampai sana. Tapi, dalam pada tu kami singgah Monarch Crest dan Blue Mesa Lake.
Masa lalu dari Ouray-Silverton, mak aiii jalan dia punyalah berbelit, sempit, dalam pulak tu gaung dia.. Mau kalau jatuh tu gerenti mati punyalah.. Sempit sungguh jalan dia kira dari line putih tepi jalan tu (edge line) teruih sloping down pi bawah, tadak guard rail ka pagaq apa semua tak dak. Tapi pemandangan dia Subhanallah, sungguh cantik tak terkata. Dengan snow cap kat gunung ganang, pokok-pokok daun muda sebab daun baru keluaq masa spring, memang cantik sungguh lah. Fresh saja udara dia. Ni kawasan ni dulu depa mines diamond dan silver. Tapi, dah jadi ghost town dah la. Elevation kat situ ada yang reach more than 11,000 ft. Merentasi Colorado ni memang mencabar betoi pasai dari udara yang sedap bawak ke dingin ke panas, elevation pun berubah-ubah so sampai Durango, kepala pun sakit. Kena la pi cari ubat pasai tak boleh nak tidoq. Nasib baik la Apline Inn dia bilik luas dan selesa. Kami tidoq dengan penuh nyenyak pasai penat.

Ahad, Jun 8 2008
Bangun pagi, minum kopi dan makan donut semalam yang beli kat Walmart. Pekena lagi roti kismis Walmart tu, sedap pulak. Lepas tu, Boss pi angkut ice free boh dalam ice box, kami beli lagi 4 tin ayaq gas then teruih check out. On the way nak blah tu nampak pulak ada flea market, so singgah la sat cuci mata. Dan la beli seruling Indian dan frame kayu kecik handmade. Kayu tu kalau tak silap pakcik tu kata Birch wood kot.. dah lupa pulak kayu apa.. dia ukir sendiri by hand pakai besi panaih kot sebab dia dok tunjuk tangan dia habih melecoq. Kesian pulak tengok tu yang beli tu. Beli selipar kat budak2 ni pasai cuaca dah start panas so kesian pulak suh pakai kasut. Ada satu amoi Cina ni juai barang semua made in China. Hish, orang cina ni kan sampai ulu banat colorado pun dia boleh menega..kagum! Dalam pukui 12:30 kami bertolak nak pi Grand Canyon pulak ni. Ni express punya road trip tak boleh dok lama-lama. Rugi pulak tak singgah beli fridge magnet kat sini. Boleh lupa, adoiii rugi! Durango ni lokasi dia kat 4 corners, kat sini memang area Indian tribes ni. Colorado, New Mexico, Arizona, Utah. Babai ja kat pekan Durango dah turun bukit dah masuk kawasan gurun pulak dah. Ni dah masuk area Mesa Verde National Park. Tapi, nasib baik angin dia masih sejuk lagi so kami bukak tingkap la. Sungguh pun panas tapi sebab angin dia sejuk so sedap sajalah. Start ni gurun sedia. Tapi gurun dia lawa sungguh dengan bukit batu dan pasir yang dibentuk angin ni hasil dia memang menakjubkan. Masa ni macam lalu pekan koboi yang selalu masuk tv tu la. Start masuk Arizona saja dah start panas dah. Tak tahan pulak panas-panas ni walhal kat Aloq Staq tu panaih jugak. Dah dok besa suhu bawah 20 ni yang jadi lagu ni bila kena panaih. Kat pukui 5 kami sampai Grand Canyon lalu kot Kayenta.
Masuk kat Grand Canyon tu kena bayaq USD25 satu van untuk seminggu. Teruih pi check in kat Maswik Lodge. Rate dia USD86++ semalam. Mujuq dapat pasai book last minute. Dok rehat sat dalam bilik, kami keluaq balik pi tengok sunset pulak. Kalut la sikit pasai pi dah lambat, mana nak baca map lagi kan.. sib baik dan jugak tengok sunset. Memang kenangan yang tidak dapat dilupakan lah.. cantik sungguh. Lepas sun dah set, kami linger sat dok ambik gambaq lagi sampai dah gelap baru blah nak pi cari makan kat cafe dia. Rupanya penuh orang pack pasai semua yang lepaih tengok sunset teruih singgah cafe nak melantak. Budak2 ni pulak time tu la depa dok buat lasak, mana badan belangaih lagi ni so last-last kami balik bilik pi mandi dulu. Tadi masa on the way tu ada singgah kedai Dollar shop, Boss dia beli megi 4 cawan. Lepaih mandi, dok prepare la nak masak megi dengan ayaq panaih ni sebab dah tak larat, bedai pi lah apa pun, dok belek2 ingredient dia tengok2 ada bubuh pork powder. Hampeh sungguh! Boss tak prasan pasai dia nampak Megi Udang ingat tak dak la.. dah tak dak apa nak makan maka kalut la Madame pi cari makan kat cafe. Masa tu dah pukui 9:20, cafe tutup pukui 10 malam. Sib baik sempat kalu tidak kebuluq la kami anak beranak. Lepaih ni kena bawak rice cooker la.

Isnin, Jun 9 2008
Ni memang dah penat sungguh dah ni. Plan tu konon nak pi tengok sunrise tapi tak larat la. Boss saja yang pi, kami 3 beranak dok melengkoq kat ataih katil lagi melayan perasaan penat ni. Lepaih tu, dok pikiaq, tak boleh jadi ni, bukan senang nak mai sini maka Madame pun bangun teruih kerah anak2 pi mandi siap2 nak pi jalan. Teruih la packing baju semua ready nak check out. Boss balik terkejut dia tengok kami anak beranak dah ready to rock n roll. Masuk beg semua dalam minivan kami tu teruih pi check out. Sampai kat admin ofis tengok jam tangan rupa-rupanya baru pukui 7:30. Hampeh sungguh jam meja kat bilik hotel tadi tunjuk pukui 10:00, ingat dah lewat sangat dah. Pastu pikiaq balik, tengok map rasa teruih check out lah senang. Tu dia bayaq untuk tidoq saja punyalah mahai. Shopping beli souvenir kat kedai dia, pastu beli buku Grand Canyon satu then teruih kami pi pusing Grand Canyon singgah kat Look-out point dia satu-satu ambik gambaq. Melilau pi melilau mai dah pukui 1. So, pasai nak pi Vegas pulak ni maka kami pun terpaksa la ucap babai kat Grand Canyon. Turun Grand Canyon ke Flagstaff, dok pi cari makan tak jumpa satu pun yang bekenan so isi minyak teruih drive ikut I-40. Sampai kat Selignman perut dah kebuluran so pi la cari kedai makan mana ada. Dari Seligman, drive lagi untuk ke Vegas. Dalam pada tu, singgah ambik gambaq sat kat Hoover Dam. Niat di hati tu nak masuk dalam Museum dia tapi pasai cuaca sungguh panas, tak tahan la pulak so teruih nak direct check in saja. Sejam lepaih tu kami pun sampai kat Las Vegas. Lupa pulak nak print map ke hotel so main agak2 saja. Singgah kat kedai 7 Eleven ni tanya awek cashier tu dia cakap jalan straight down. Kira betoi jugak la Madame agak2 jalan..he..he..he.. Yelah, Boss kena fokus drive, Madame pulak baca map. Rupa-rupanya, Circus Circus ni dok betoi2 kat ujung The Strip. Nak masuk pi check in ni cerita lain pulak, punyalah ramai umat manusia, sesak sungguh. Kena beratoq bukan main panjang nak check-in. Madame pulak pi tinggai passport dalam rheta dah kena pi ambik balik pulak. Sib baik parking kat chk-in parking lot tu. Dapat kunci dah dok kena perosah nak angkut beg pulak kat ataih. Ramai sungguh la orang. Bilik dia besaq tapi coffee maker pun takdak. Dok rehat-rehat kami pun keluaq cari makan dan ronda-ronda Las Vegas. Malam tu flat tidoq dengan lenanya. Eh, sebelum tu dok try jugak tengok channel XXX dia, rupanya dia caj satu filem USD12, harap maap lah. Ingatkan free boleh la peek a look pasai budak2 ni ada sekali tak boleh la overkan, nak tengok sikit saja. Kena bayaq rupanya. Internet pun kena bayaq. At least, lembap-lembap Alpine Inn kat Durango tu free la internet wi-fi dia tu. Budak2 ni nak main game online pun tak boleh. Nak pi melepak kat slot machine kat kasino kat bawah tu pun tak boleh jugak pasai budak bawah 18thn langsung tak boleh linger kat situ so Madame suruh Boss sajalah pi jalan-jalan malam tu. Madame pulak buat taik mata dengan budak2 ni.

Selasa, Jun 10 2008

0 comments:

 
Just Blogging! © 2008. Design by Pocket