Saturday, January 12, 2008

Menjejak kaki di bumi Amerika - entry 1

Saturday, January 12, 2008

Hari ini masuk hari ke 5 kami sekeluarga berada di Ft. Collins, Colorado. Bila fikir balik betapa susah payahnya nak ke sini dulu, terasa lagi susah bila dah berada di sini. Nasib baik suami tercinta sanggup berkorban untuk jadi teman belajar dan teman susah senang di perantauan.

Semasa sampai di Tom Bradley International Airport di Los Angeles, anak-anak mula meragam. Dengan keadaan balai ketibaan yang masih dalam upgrading construction, ditambah pula dengan beratus-ratus manusia yang tiba, kami mula terasa macam pendatang asing yang merempat. Tambahan pula, cerita-cerita mengenai imigresen Amerika yang strict menyebabkan hati agak gusar. Kami terpaksa beratur panjang dan dalam pada itu, Aqif (2+) mula menangis. Suaranya yang nyaring telah menarik perhatian pegawai Imigresen dan memanggil kami pergi terus untuk check in procedure di kaunter yang berlambak-lambak di hadapan.

Saya memegang visa kelas J-1 iaitu Exchange Visitor manakala suami dan anak-anak adalah J-2. Selepas lebih kurang 15 minit di kaunter dan iris scan bagi saya dan suami telah diambil, suami saya perlu dibawa ke tempat lain di hujung kaunter untuk temuramah dengan pegawai Imigresen. Ini adalah prosedur biasa di US untuk kaum lelaki yang berumur 18-45thn. I think this is the age range, you may check on the website. So, saya dan anak-anak yang tengah keletihan menunggu di kerusi yang disediakan. Penampilan masa tu, jangan cakaplah, dengan muka tak mandi, sememeh lak tu, so memang unpresentable lah.

Sessi temubual suami mengambil masa yang sangat lama. Nasib baik our connecting flight departs at 16:15hr. Saya yang menunggu dengan beg yang masih belum dituntut mulai risau. Tambahan, anak-anak mula buat perangai. Mana yang merajuk dok terbaring kat bawah kerusi, mana yang mengantuk dok mintak makan itu ini. Semasa menunggu, seorang pekerja MAS datang bertanya mengenai beg-beg kami. Saya yang terasa terasing di negara orang dok ingat budak MAS tu orang Melayu, so bantai la cakap Melayu dengan dia (sebab muka dia macam orang Melayu) and he replied back in English. Dia mintak maklumat baggage dan selepas lebih kurang 15 minit, dia datang membawakan semua beg-beg kami yang besar dan banyak itu. Lega rasa sebab dah tak payah fikir pasal beg lagi dan dalam pada itu, budak-budak mulai tidur. Sorang kat atas peha kanan sorang lagi kat sebelah kiri.

Tunggu punya tunggu, at last my husband pun muncul. Lama jugak about 45min or more. So, by the time, budak2 pun dah sound asleep. Kami dah mula kena fikir macam mana nak carry bags and the kids to next terminal. So, kami pun tanya satu Uncle Black yang peramah how to get to Terminal 7. It turned out that he was a Porter and he can carry all our baggage up to exit. Saya dukung Aqif dan suami dukung Aqil. Bagus jugak sebab tak payah beratur, dan yang penting kastam dia tak cek pun kami punya beg. Dia tanya ada meat tak and I said tak de, just dried anchovies. Then, itu saja and terus Uncle tu bawak kami sampai ke tempat check in bag. So, saya dengan polite tanya dia biasanya berapa banyak orang bagi kat dia, dia kata ikut suka so saya pun bagilah $20. Then, dia mintak tambah lagi $10, terus kami tambah. OK lah sebab tak payah beratur, tak payah cek beg dan tak payah bawak beg.

So, sebenarnya, US Immigration is not as bad as some people think. Bagi saya as long as we're nice and OK, they're just as nice, sama macam Imigresen kita juga. Silap-silap lagi considerate kot. Macam ada member saya cakap minta saya pakai lawa-lawa lah, touch up la sikit muka tu, pakai tudung kasik vogue sikit. Hah, apanya, saya rasa tu la paling sememeh ever. Mana taknya, dengan tudung Indon style tu, dengan muka tak mandi, tak cukup tidur pulak tu, bibirpun kering sebab dalam air-cond lama, dengan beg depan belakang. Nasib baik tak de apa-apa. Bagi saya just be yourself and tawakal kepada Allah. Insya Allah dipermudahkan.


I was told later by MSD Officer, Cik Hamidah that some of our undergrads student was detained more than 2 hours. That 45minutes is a minimum actually. Alhamdullilah, puaslah mulut kumat kamit dok baca ayat Qursi dan memohon pada Allah dipermudahkan sessi suami. Bab baca ayat Qursi ni Mak Ngah (sebelah suami) yang pesan. Masa tu dia nak chk in kat Heathrow nak balik KL. Polisi dorang, carry on beg ni kena bawak sorang satu dan mesti lepas rangka yang disediakan. Her carry-on bag eventually turned up to beg slightly bigger at the bottom. So, dia cakap habislah dia ni, apalagi bertawakallah Mak Ngah dan terus membaca ayat yang dia ingat dan lancar.
Alhamdulillah, bila turn dia mat saleh tuh terus suh masuk ke dalam tanpa perlu cek beg dan not only that, body search pun lepas.

OK, then kitorang pun bergegas pulak ke Terminal 7. Mak aii, jauh ey kono menapak! Cuaca di LA dingin dan selesa jadi OK lah cuma kepenatan sebab kena dukung Aqif dan Aqil terlelap di atas trolley. Leceh betul kali ini sebab kena bukak kasut, sweat shirt, buang semua air dan segala-galanya lah. Dalam pada tu si Aqif buat hal menangis lagi. Pening kepala dengan budak-budak ni. Yelah, dorang penatkan so meragam la sikit. Bila sampai kat Gate United Airlines untuk ke Denver, flight delay sebab cuaca tak berapa elok. Nasib baik tak lama, dalam 45minit kot dan pastuh kami pun boleh masuk. Kapal terbang tu punyalah buruk dan sempit, barulah terasa MAS tu sepuluh kali ganda best. Selepas 20minit, flight attendant mula menghidangkan air. Saya meminta jus oren dan suami minum kopi. Snack dia nama Snyders kaler coklat gelap. Nampak sedap tapi bila makan, mak aii punyalah masin. Orang putih ni memang salt freak betoi! Dia bagi 3 pek untuk saya dan anak-anak. Budak2 tu tengah tidur. walaupun tak sedap, tabii semulajadi susah dibuang serta merta, tapau tetap ku tapau. Masin-masin pun tapau jugak. Sampai sekarang ada kat dalam laci ni. Tak bersentuh pun!

Lebih kurang 2 jam lebih kami pun mendarat di Denver International Airport (DIA). Mata ni mula melilau kot-kot boleh nampak salji tapi tak nampak pun. DIA ni lebih kurang macam KLIA lah cuma kat KLIA trolley free tapi kat sini kena bayar $3 untuk satu trolley, boleh? Habis, nak tak nak terpaksalah keluarkan duit dan bayar untuk nak letak beg yang berkodi tu. Tunggu punya tunggu, tengok2 satu beg hilang. Masa ni, tag bag yang dia lekat kat tiket kapal terbang tu amat berguna. So, saya pergi di kaunter United Airlines dan bagi tau beg mana yang tak sampai. Kalau tak mau repot kat kaunter, kita boleh buat repot kat mesin yang terletak di sepanjang kawasan baggage tu. Masuk je nombor daftar beg dan nanti mesin tu print out status beg dan bila sampai. Beg kami yang hilang tu akan sampai lebih kurang sejam lagi. United Airlines boleh hantarkan beg yang tertinggal tu ke alamat rumah/hotel yang kita bagi, tetapi pasal saya pun tak pasti beg yang tertinggal tu beg baju anak-anak dan suami atau beg general items, so kami pun tunggu.

Dalam menunggu tu saya mula mencari hotel termurah untuk bermalam. Di tepi dinding tu, ada bermacam iklan hotel dan pengangkutan pun disediakan iaitu free shuttle. Masa menunggu tu, suami membawa anak-anak ambil angin kat luar. Tiba-tiba, anak saya yang sulung, Aqil, berlari ke dalam ke arah saya dan berkata, "Mama, mama, magic la mama, mulut abang keluar asap!". He..he..he.., nak tergelak pun ada. Yelah, first time kan, so kami jakun la sikit. Lepas sejam, beg kami pun sampai dan kami terus bergegas naik shuttle untuk ke Red Inn Roof Denver. Masa nak berjalan ke shuttle tu, angin punyalah sejuk, tangan ni rasa macam rendam dalam air ais. Pipi pun mula rasa pedih sebab sejuk sangat. Mak aii, tulah angin paling sejuk pernah kami ketahui. Lebih kurang 20 minit, kami pun sampai kat Red Roof Inn. Suami saya bagi $5 pada Uncle drebar shuttle tu. Uncle tu beriya-iya menolak. Baik betul mat saleh ni.

Masuk je bilik, lega rasanya. Masing-masing berebut nak mandi, yelah lebih sehari tak mandi! Saya pun check la beg yang tertinggal tu apa isi kandunganya, nasib baik tunggu sebab itulah beg yang ada baju suami dan anak-anak. Kalau tak tunggu, budak-budak ni ada la baju yang nak pakai lepas mandi tapi suami takde. So, moral of the story, biar semua baju simpan dalam semua beg, kalau tertinggal tak de ler meraban sangat. Lepas mandi, perut pun lapar. Menyesal pulak tak beli fillet O fish ke kat Mcdonald kat Los angeles tadi. Nasib baik ler saya bawak periuk nasi kecil dengan converter sekali. Boleh lah masak 4 peket megi mini perisa sayuran. Habis licin, budak-budak ni pun semua kebuluran. Kena masak sekali lagi. Perut dah kenyang baru boleh tidur. Bestnya dapat tidur atas katil. Walaupun seat business class tu punyalah best boleh control2 at the tips of your finger, tidak akan sama dengan tidur di atas katil. Alhamdulillah dapat berehat jugak akhirnya. Selesai satu cerita!


0 comments:

 
Just Blogging! © 2008. Design by Pocket