Selasa, 30 Disember 2008
Happy birthday to me... yeah, last year I was somewhere in.. oh ya, where was I? Oopss, cannot remember. Went to check it out with my boss and yes, he told me that we were so busy with the preps for my coming to the States, so no celebration. Tapi, masih ingat lagi Suria bawak kek Secret Recipe, Chocolate Indulgence masa majlis bacaan Yaasin kat rumah. Thanks sis. Lagipun, aku dah tua untuk berkek-kek bagai.. dan lagi, selalu sangat makan kek so it's not that important.
Pagi lagi semua dah bersemangat untuk jalan-jalan. Keluar tu dalam pukul 8:30 pagi. Suasana masih berkabus dan agak sejuk. Destinasi pertama adalah San Francisco Cable Car. So, kami pun berjalan sampai ke Hyde Street untuk beli tiket. Kami beli all day passport, harga dia $11/adult. Ni boleh naik dari pagi sampai le last ride pukul 12 tgh malam on the same day. So, beratur la pagi tu, ramai jugak yang keluar pagi, ingat tu nak jugak dok seat tepi yang open tu tapi sebab diri tu ada lagi 2 orang budak kecik kena jaga so kena dok dalam la. Lagipun, seat tepi tu cepat je dipenuhi manusia lain.
Kami turun di Powell St Station berhampiran Market St. Dari situ kami berjalan kaki dan singgah sebentar di Ross Less. Banyak jugak barang yang menarik dan lebih murah dari Fort Collins. Nak beli banyak-banyak nanti banyak pulak kena angkut so beli jeans Levi's, baju budak2 ni dan husband beli wallet Fender. Mulanya masuk sebab Aqil nak buang air so kami assume adalah toilet kat dalam Ross Less tu, turned out takde langsung. Dahsyat la dekat SF ni, susah betul nak cari public toilet dia. Lepas tu singgah masuk butik Coach, semua barang mahal, baik beli kat outlet dia je. Then, pusing-pusing cari toilet. Last2 tanya satu omputih ni dia kata masuk kat McDonald. Dah masuk tu almaklumlah, terus lunch sekali la. Lepas tu semua orang kena masuk toilet 2 kali sebab nanti susah pulak nak cari toilet.
Lepas tu menapak sampai ke Chinatown. Lecehnya kat SF ni jalan dia semua berbukit so jenoh la dok kena panjat jalan yang mencuram. Bestnya pulak sebab elevation dia low so oxygen level tinggi, takde la mengah. Kalau kat Fort Collins ni harus dah mencungap sebab oxygen kurang. Di Chinatown, as expected, lagilah bertambah barangan made in China. I even spotted something similar like my patchwork Coach slingbag cuma yang jual tergantung kat situ cop dia Goach with fake patchworks patterns and terrible quality. I did not ask for the price, simply afraid if the seller will persuade me to buy one. Ada jual tudung yang agak menarik dengan harga yang agak murah, everything.. teringat macam kat kedai tepi jalan kat Aloq Staq or even mana-mana pekan di Malaysia yang jual barangan pelbagai. Same kind of display even some items also similar only the environment is different. Takde beli apa, just strolled around.
Then, after a while, the kids are tired, so do the mother. We walked up to wait for the next cable car ride. Tunggu punya tunggu, datanglah cable car. Dah ready dah nak hop in tengok-tengok, oppss, tengah practice driving. Baru nak patah balik, ada satu suara panggil suruh naik. The guy was a nice black man. Dia tanya dari Indonesia ke? Kami jawab dari Malaysia. Nama dia Ahmed. Such a very wonderful gentleman and very kind. Dia banyak sembang dengan my husband. Very nice guy. May Allah bless him with all the happiness and health. View kali ni dah cantik sebab pagi tadi punya ride penuh dengan kabus. Kali ni dah panas so nampak macam-macam. Alcatraz, the hillies road, cantiklah kiranya.. Sampai je stesen kat Hyde St. Pier, terus menapak balik bilik dan rehat sekejap.
Petang tu, kami jalan-jalan lagi ke Fisherman's Wharf dan ke Pier 41 dan Pier 39. Mulanya nak naik feri jalan-jalan bawah Golden Gate dan Alcatraz, tapi tengok ramai sangat orang dengan Aqif yang masih kecik leceh nak control so kami pun terus masuk Aquarium of the Bay. All of us enjoyed it so much especially Aqif sebab dapat tengok all the fishes he so admired. He said he loves all the fishes but when asked are you going to eat fish again, he ignored my question. Definitely he still want to eat fish. Kami buat 2 kali pusingan kat dalam tunnel tu then naik atas. Kat situ, visitors are allowed to touch some of the species like starfis, some of the unknown species and whatnot. Aqif lah yang paling suka sekali. Then, masa nak balik, jalan-jalan lagi.. got really tired. Dalam lebih kurang pukul 7, kami keluar lagi untuk naik cable car for night ride pulak. The kids dah meragam sebab semua dah letih dan mengantuk. Night view memang cantik sebab banyak lightings especially kat Union Square. Tapi, sebab Aqif tak nak jalan, Aqil mengantuk, sampai je ke Powell St station, we have to hit back to hotel. Baba was so frustrated sebab dia tak dapat nak ambik night scene. But the ride home was great. I dapat the seat belakang sekali mengadap jalan dekat brake. Bestnya....
Sekitar San Francisco. Please click on the image for larger view.
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment