Tuesday, January 6, 2009

Day 1: Fort Collins, CO to Salt Lake City, UT

Tuesday, January 6, 2009
Sabtu, 27 Disember 2008
456 miles (730 km)

Hari ni seperti yang dirancang, kami bertolak dari rumah dalam pelan perjalanan 10 hari. Pagi lagi baru sibuk nak ambik duit kat ATM. Dalam pada tu, bincang2 apa yang tinggal, baru teringat ada satu lagi toll violation pending tak bayar lagi. Deadline dia before 30th Dec tapi sebab takut takde pulak good internet connection so patah balik ke rumah untuk bayar online.

Kisah dia hari tu masa ke Santa Fe, kami ada lencong masuk ke satu highway sebab driver dia dah tak tahan nak pi toilet. Kebetulan tak berjumpa pulak rest area atau stesen minyak kat highway tu. Kat situ ada signboard bagi tau tollway tapi bila lalu takde pulak toll booth. Ada stop kat tempat yang tepi jalan tu dia ada letak macam tempat parking tu tapi macam heran pulak macam mana nak bayar ni. Yelah, jakun tak pernah jumpa toll yang takde orang jaga, dah la tu, tak berpagar pulak tu, so kami ingat toll ni baru buat dan belum in full operation. Maka kami pun meneruskan perjalanan tanpa was-was. Tup-tup, hujung bulan before Christmas dapat notis, 2 lai pulak tu kata toll violation. Stated a civil penality of $70, toll dia $0.75 dan fee dia $7. So, total due = $77.75. Siap ada gambar bontot van dengan license plate lagi. Giler ke apa US ni, dah la toll macam tu punya style then suddenly mintak sampai macam tu sekali. Maka, aku pun mula la mengarang ayat email kat E-470 tu bagi tau aku tak tau apa punya pesen toll cenggitu. Kami ingat hari Jumaat lepas Christmas nak pi ofis dia setel. Yelah, ada ke pulak suddenly nak charge $77.75 macam tu jer.. Then dapatlah email dari one of the officer cakap that aku boleh pi bayar online toll dia sebelum deadline. Kalau tak bayar baru kena masuk court dan bayar $77 tu. Aku pun bayar lah. Yelah, tengah sakit hati, aku tengok sama je surat 2 keping tu rupanya 2 toll violation. Itu yang kena patah balik tu setel yang lagi satu. Setan betul la.. mintak2 bankrap la company tu. aku baca ramai orang Amerika yang marah style cenggitu..

So, berbalik kepada cerita perjalanan ke Salt Lake City ni.. konon nak gerak pukul 9 pagi, dah alih2 jadi pukul 11.30 pulak. Masuk je Wyoming US 287 , angin dah mula kuat.. memang kuat betul ditolak-tolaknya van ke tepi jalan.. lepas tu kat atas jalan siap ada blowing snow.. rupa dia macam asap kat atas stage tiap2 kali Malaysian rock band nak performe kan keluar asap kat lantai tu kan, ha macam tulah rupa blowing snow tu lebih kurang kaedah dia. Memang betul2 mencabar la memandu kat Wyoming ni. Sejuk giler dalam van pun terasa lah kesejukan dia. Dalam 40 minit macam tu kami sampai ke Laramie. Ingat dah lega dah kot rupanya dari Laramie ke Rawlins, lagi teruk.. dengan angin yang kuat dalam 50mph - 65mph (80kmh - 104 kmh), jalan pulak tak nampak sangat sebab penuh dengan blowing snow, budak2 pulak masa genting macam ni lah dorang mulalah bergurau2, bergaduh2.. yang kami ni dah risau mula la start berdoa mintak dilindungi Allah SWT. Sejam lebih jugaklah cuaca sejuk macam tu. Lepas sikit pada Rawlins sebab sejuk so mula la nak buang air, jumpa satu rest area, Ya Allah, angin dia punyalah kuat dengan sejuk gedi... masa berjalan ke restrooms tu Aqil jatuh kena tolak dengan angin kuat.. nasib baik la mak dia ni punya bodyweight is good enough to withstand the lift force.. haa..ha... kalau tidak harus tergolek-golek jugak.. dahsyat betul la Wyoming punya weather ni...

Blowing snow on I-80, Laramie to Rawlins, Wyoming.

Lepas pada Rawlins, jalan dah mula ok dengan angin kuat bertiup sekali sekala. Kalau kat Malaysia rasanya angin kuat ni PLUS panggil angin lintang. memanglah kalau kereta proton ke, perodua ke, harus melayang dan terbabas. Angin dia memang kuat betul. Nasib baik van Plymouth Voyager kami tu memang kira berat jugak la, itupun sesekali terpeleot jugak kena dengan angin kuat tu.

Somewhere along the trip, probably at Green River area

Windmills along I-80 in Wyoming

Pukul 5 dah gelap gulita serupa pukui 10 malam. That's the negative side travelling in winter. Kalau summer, pukul 9 malam masih cerah lagi. Kami terus on driving sebab nak tido kat Salt Lake City. We were so tired and starving. Sampai kat SLC, the road mostly covered with snow. Ada satu motel tu susah betul nak masuk dalam area dia sebab dia tak clear up entrance betul-betul. So, kesudahnya ambik sajalah mana-mana motel yang jumpa dan senang nak masuk. Itulah tu, the room was pretty bad but the toilet was cleaned though. Lagipun, nak bermalam satu malam jer.. Our dinner, I made nasi lemak bungkus the night before so we just heated in microwave and get a rest for the night.

Salt Lake City, Utah as seen from the high road of I-80

My nasi lemak ready to be wrapped in banana leaf

Nasi lemak bungkus untuk bekalan



0 comments:

 
Just Blogging! © 2008. Design by Pocket